Nasar Raja
Nasar Raja

Nasar Raja

Vultur papaNasar Raja atau Hering Raja (bahasa Inggeris King Vulture), Sarcoramphus papa, adalah spesies burung nasar Dunia Baru yang hidup di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Spesies ini diletakan di dalam keluarga Cathartidae. Burung ini hidup dikawasan hutan tropika dataran rendah di Mexico Selatan hingga ke Argentina Utara, ada yang mempercayai lukisan "Nasar Berwarna" karya William Bartram di Florida merupakan lukisan spesies ini. Setakat ini Nasar Raja merupakan satu-satunya kumpulan jenis Sarcoramphus yang diketahui.Burung ini bersaiz besar dan sebahagian besar dari tubuhnya berwarna putih dengan bulu pungggung, sayap dan ekor berwarna kelabu atau hitam. Kepala dan lehernya botak, dengan warna kulit berubah-ubah, termasuk kuning, jingga, biru, ungu, dan merah. Burung Nasar Raja mempunyai gelambir kuning yang mudah kelihatan pada paruhnya. Spesies burung ini merupakan burung pamakan bangkai dan biasanya menjadi burung pertama memakan bangkai yang segar. Burung Nasar sering mengusir jenis-jenis burung Nasar Dunia Baru yang lebih kecil dari bangkai.Tempoh hayat burung ini sehingga 30 tahun.Nasar Raja merupakan bentuk yang popular dalam kepercayaan kuno sebagai cerita masyarakat dan perubatan. Walaupun kehidupan ini didaftarkan sebagai spesies berisiko rendah oleh IUCN, namun jumlahnya terus berkurangan akubat kemusnahan habitat.

Rujukan

WikiPedia: Nasar Raja http://www.arthurgrosset.com/sabirds/king%20vultur... http://www.eurekawebs.com/zoo/kv.htm http://books.google.com/books?id=BEwDAAAAQAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=REwDAAAAQAAJ&dq=A... http://books.google.com/books?id=l4h4vTjnAUUC&dq=K... http://books.google.com/books?vid=ISBN0300040857 http://books.google.com/books?vid=ISBN0300049692 http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://ibc.hbw.com/ibc/phtml/especie.phtml?idEspec... http://royalsociety.metapress.com/media/public/con...